Thursday, December 2, 2021

Sumbangan Penurapan Tar di Laluan Utama SKPT oleh ICU JPM

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Unit Penyelarasan & Perlaksanaan (ICU JPM) atas sumbangan Turap Jalan Tar di Lalaun Utama masuk ke SKPT & Tar di kawasan parkir kereta. 

Terima kasih juga buat Muhd Zarif bin Mohd Zohdi (NYDP PIBG) atas usaha beliau mengusahakan sumbangan dari pihak ICU KPM ke SK Padang Terap.



Read more...

Wednesday, December 1, 2021

Perlaksanaan Ujian Kendiri Covid-19 buat murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

Perlaksanaan Ujian Kendiri Covid-19 buat murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah dilaksanakan pada Rabu 1 Disember 2021. Ujian Covid-19 ini dilankan secara rawak terhadap 25 orang murid sahaja.



Read more...

Sumbangan Barangan asas oleh One Goal Malaysia buat Keluarga Pemaian Bola Sepak SKPT

 

Pihak ONE GOAL MALAYSIA telah menyumbangkan Barangan Keperluan Asas buat 12 Keluarga pemain Bola Sepak SK Padang Terap yang pernah terlibat dalam Program "Eat Right to Plat Right" pada 2018 lalu. Sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM100 untuk setiap keluarga yang terkesan dari aspek pendapatan dengan PKP Covid-19 ini.



Read more...

Sumbangan Laluan Berbumbung dari Pejabat Daerah Padang terap

 

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih buat Pejabat Daerah Padang Terap atas sumbangan menyediakan laluan berbumbung di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Terima kasih juga buat Tuan Pegawai Daerah Padang Terap iaitu YBhg. Datuk  Md Shuhaime bin Abd Rahman. 

Semoga laluan berbumbung ini diharapkan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid khasnya dan warga sekolah untuk bergerak keluar masuk dari pintu utama ke kawasan sekolah dengan lebih lancar terutamanya ketika hujan dan juga sewaktu panas terik

Terima kasih dari kami pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap & PIBG SK Padang Terap.


Read more...

Tuesday, November 30, 2021

Panduan Penggunaan Ujian Kendiri COVID-19 KPM (Covid 19 Antigen Rapid Test - Oral Fluid)



Read more...

Wednesday, November 17, 2021

Jadual Guru Bertugas Mingguan (November 2021)

 


Read more...

Saturday, November 13, 2021

Video Pendek SKPT "Jangan Tapau Cita-citaku" mendapat Tempat Keenam Peringkat Kebangsaan 2021

 

Alhamdulillah... Video Pendek SK Padang Terap yang berjudul JANGAN TAPAU CITA-CITAKU telah mendapat Tempat KEENAM Peringkat Kebangsaan 2021 dalam Pertandingan Video Pendek Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah. 

Keputusan Kategori Sekolah Rendah :
Pertama : SK Ulu Lubai (Sarawak)
Kedua : SK Luagan (Sarawak)
Ketiga : SK Pengkalan Ara (Perak)
Keempat : SK Kg Baru Si Rusa (N.Sembilan)
Kelima : SJKC Chung Hwa (Sabah)
Keenam : SK Padang Terap (Kedah)

Tahniah buat semua Crew "Jangan Tapau Cita-citaku". 
Terima Kasih buat Semua Warga SKPT, PIBG & Para Waris SKPT dan semua pihak yang sentiasa sokongan.

Link Video di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=mA-acVEddJc&t=78s

Read more...

Thursday, November 4, 2021

Muat turun Borang PB1 & Borang PB2 untuk permohonan bantuan persekolahan KPM 2022


Untuk makluman semua waris, pihak sekolah sedang mengemaskini Data APDM (Pendapatan isi rumah) bagi tujuan Bantuan KPM 2021. Bantuan-bantuan KPM ini akan pilih berdasarkan Data dalam Sistem APDM. 
Antara bantuan yang diberi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rancangan Makan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS) dan lain-lain bantuan dari Zakat Negeri Kedah dan NGO.  

Sehubungan itu, mohon kerjasama waris untuk mengisi & melengkapkan  BORANG PB1 dan PB2 (bagi yang tiada slip gaji) dengan penuh ketelusan agar Semua Bantuan-bantuan ini dapat diberi kepada murid yang selayaknya. 

Para waris boleh memuat turun borang tersebut @ dapatkan di pondok pengawal SKPT mulai 9 November 2021.

Borang yang telah lengkap di isi perlu dipulangkan kepada Pihak Sekolah pada @ sebelum 16 NOVEMBER 2021

Muat turun Borang PB1 dan PB2 disini :-
1. BORANG PB1 
2. BORANG PB2 (Borang pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji)

Sekian terima kasih

Read more...

Tuesday, November 2, 2021

Jadual Paras Garis Kemiskinan Nasional 2016 & 2019 (Kategori Miskin Tegar)

 

Perbandingan Jadual Paras Garis Kemiskinan Nasional 2016 & 2019 (Kategori Miskin Tegar). Bagi tujuan persediaan pemberian bantuan RMT Tahun 2022, penerima berdasarkan PGKN 2016 dan PGKN 2019 (Kategori Miskin Tegar) disediakan. Pemberian bantuan ini akan berdasarkan kelulusan bajet 2022 yang akan diumumkan oleh kerajaan.


Read more...

Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP muncul Naib Johan Negeri Kedah 2021


Video Pendek berjudul NIN DIA PADANG TERAP (SK Padang Terap) ini telah muncul NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021 Peringkat Negeri Kedah.

Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP memaparkan keunikan yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu di Daerah Padang Terap. Keindahan di Tasik Pedu merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Daerah Padang Terap. Selain itu di Padang Terap tedapat pelbagai jenis makan yang menarik dan salah satunya adalah Menu Nasi Butter Lamb Shank yang terdapat di De Jard Kitchen Kuala Nerang.

Video ini dihasilkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP untuk PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021. Pertandingan Video Pendek Kreatif ini dianjurkan oleh Kedah Digital Centre sempena dengan Program #Mydigitalmaker Virtual Fair “MaiReka” Peringkat Negeri Kedah 2021.

Lakonan : Muhammad Hajid bin Khairi (6 Setia) & Azriel Zafran bin Aziyusnizan (5 Setia)

Asst Director : Puan Norlida bt Ibrahim

Script, Video Editing & Director : Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM)

#Mydigitalmaker
#UniknyaNegeriku
#PadangTerapDalamDoaku
#SkPadangTerap

Read more...

Saturday, October 30, 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Terap kali ke-44 Tahun 2021

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah di laksanakan pada 24 Oktober 2021 (Ahad) jam 2.30 petang. Mesyuarat pada Tahun ini dijalankan secara Google Meet di kediaman masing-masing. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En Mohamad Zahir bin Zainuddin.



Read more...

Monday, September 20, 2021

Video Pendek : Jangan Tapau Cita-citaku muncul NAIB JOHAN peringkat Negeri Kedah 2021

Video Pendek berjudul Jangan Tapau Cita-citaku yang bertemakan Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah, telah muncul sebagai NAIB JOHAN peringkat Negeri Kedah 2021. Video ini dicalonkan untuk mewakili Negeri Kedah keperingkat kebangsaan.

Video pendek berdurasi 3 minit ini mengisahkan tiga orang anak muda Hajid, Danish & Azriei yang sangat berminat dalam sukan bola sepak dan bercita-cita tinggi  untuk menjadi seorang bintang bola sepak suatu hari nanti. Mereka sering menjalani latihan bola sepak bersama-sama dan sentiasa mengamalkan pengambilan air kosong, Azriel tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat, di mana dia amat gemar minuman berkarbonat setiap kali sesi latihan bola sepak.

Lakonan :
Muhammad Hajid bin Khairi (Hajid)
Azriel Zafran bin Aziyusnizam (Azriel)
Muhammad Danish Iqram bin Shahril (Danish)
En Mohamed Faisal bin Abdullah (Coach)

Skrip, Suntingan & Arahan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP

#murahmudahsihat

Read more...

Sunday, September 5, 2021

Penyerahan Bantuan KWAPM SK Padang Terap 2021

 

Penyerahan bantuan KWAPM SK Padang Terap telah dilaksanakan pada 1 September 2021 (Rabu) , jam 9.00 - 12.00 tghari, bertempat di Dewan Perdana SKPT.

Read more...

Sunday, April 25, 2021

Kes Ponteng Sekolah

 

Read more...

Paras Garis Kemisinan (PGK) 2021



Bantuan Kes Kecemasan (KWAPM) kepada murid yang layak KWAPM sekiranya berlaku Kes Kematian, Hilang Upaya, Kebakaran & Bencana Alam.



Read more...

Saturday, April 17, 2021

Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 2021

 

Read more...

Friday, April 16, 2021

Senarai Guru Kelas SKPT 2021

 

Read more...

Enrolmen Murid SKPT 2021 (19 Ogos 2021)

Update : 19 Ogos 2021
 

Read more...

Jawatankuasa PIBG 2021

 

Read more...

Tuesday, April 13, 2021

Panduan mengisi Amalan Baik SSDM

 

Buka Laman Web SSDM.. Klik pada pautan https://ssdm.moe.gov.my

Masukan NO KP/Surat Beranak @ Masukan NAMA PENUH @ NAMA PENDEK pun BOLEH, dan Cari Rekod Murid.
(Untuk memudahkan para Guru, anda perlu masukan NAMA PENDEK sudah memadai)

Sila Klik pada
PAPAR KES pada murid berkenaan

Klik pada
TAMBAH AMALAN BAIK

Sila isi maklumat berkaitan dan klik butang SIMPAN untuk menghantar



Read more...

Tuesday, March 2, 2021

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022


 Permohonan Secara Dalam Talian & Manual
1 Mac 2021 - 31 Mei 2021


Read more...

Pelan Pergerakan Murid SOP Covid-19

 


Read more...

Friday, February 19, 2021

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 DAN 2023

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 DAN 2023


Tarikh pendaftaran online : 1 MAC 2021 hingga 30 APRIL 2021


Website : https://public.moe.gov.my


Pendaftaran secara dalam talian selepas Tarikh tersebut sehingga 15 DISEMBER 2021 adalah dikira sebagai PENDAFTARAN LEWAT.

Selepas 15 Disember 2021, pendaftaran adalah secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap / Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk Kanank-kanak yang akan bersekolah bagi sesi persekolahn tahun 2022.

Read more...

Monday, February 8, 2021

Pengemaskinian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga Secara Dalam Talian

Makluman untuk semua waris murid SK Padang Terap, kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 secara dalam talian. Kemaskini boleh dilakukan di https://public.moe.gov.my/

Berikut disediakan langkah-lang untuk membantu pihak waris mengemaskini maklumat APDM.

Langkah 1 : Buka laman web https://public.moe.gov.my/


Langkah 1 : Klik pada PENGGUNA BARU


Langkah 1 : Sila masukan maklumat yang diperlukan

Langkah 1 : Klik pada KEMAS KINI PROFIL MURID

Langkah 1 : Sila klik pada NAMA ANAK 

Langkah 1 : Klik pada setiap item dibawah untuk kemaskini

Sekian terima kasih

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP