Tuesday, November 30, 2021

Panduan Penggunaan Ujian Kendiri COVID-19 KPM (Covid 19 Antigen Rapid Test - Oral Fluid)



Read more...

Wednesday, November 17, 2021

Jadual Guru Bertugas Mingguan (November 2021)

 


Read more...

Saturday, November 13, 2021

Video Pendek SKPT "Jangan Tapau Cita-citaku" mendapat Tempat Keenam Peringkat Kebangsaan 2021

 

Alhamdulillah... Video Pendek SK Padang Terap yang berjudul JANGAN TAPAU CITA-CITAKU telah mendapat Tempat KEENAM Peringkat Kebangsaan 2021 dalam Pertandingan Video Pendek Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah. 

Keputusan Kategori Sekolah Rendah :
Pertama : SK Ulu Lubai (Sarawak)
Kedua : SK Luagan (Sarawak)
Ketiga : SK Pengkalan Ara (Perak)
Keempat : SK Kg Baru Si Rusa (N.Sembilan)
Kelima : SJKC Chung Hwa (Sabah)
Keenam : SK Padang Terap (Kedah)

Tahniah buat semua Crew "Jangan Tapau Cita-citaku". 
Terima Kasih buat Semua Warga SKPT, PIBG & Para Waris SKPT dan semua pihak yang sentiasa sokongan.

Link Video di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=mA-acVEddJc&t=78s

Read more...

Thursday, November 4, 2021

Muat turun Borang PB1 & Borang PB2 untuk permohonan bantuan persekolahan KPM 2022


Untuk makluman semua waris, pihak sekolah sedang mengemaskini Data APDM (Pendapatan isi rumah) bagi tujuan Bantuan KPM 2021. Bantuan-bantuan KPM ini akan pilih berdasarkan Data dalam Sistem APDM. 
Antara bantuan yang diberi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rancangan Makan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS) dan lain-lain bantuan dari Zakat Negeri Kedah dan NGO.  

Sehubungan itu, mohon kerjasama waris untuk mengisi & melengkapkan  BORANG PB1 dan PB2 (bagi yang tiada slip gaji) dengan penuh ketelusan agar Semua Bantuan-bantuan ini dapat diberi kepada murid yang selayaknya. 

Para waris boleh memuat turun borang tersebut @ dapatkan di pondok pengawal SKPT mulai 9 November 2021.

Borang yang telah lengkap di isi perlu dipulangkan kepada Pihak Sekolah pada @ sebelum 16 NOVEMBER 2021

Muat turun Borang PB1 dan PB2 disini :-
1. BORANG PB1 
2. BORANG PB2 (Borang pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji)

Sekian terima kasih

Read more...

Tuesday, November 2, 2021

Jadual Paras Garis Kemiskinan Nasional 2016 & 2019 (Kategori Miskin Tegar)

 

Perbandingan Jadual Paras Garis Kemiskinan Nasional 2016 & 2019 (Kategori Miskin Tegar). Bagi tujuan persediaan pemberian bantuan RMT Tahun 2022, penerima berdasarkan PGKN 2016 dan PGKN 2019 (Kategori Miskin Tegar) disediakan. Pemberian bantuan ini akan berdasarkan kelulusan bajet 2022 yang akan diumumkan oleh kerajaan.


Read more...

Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP muncul Naib Johan Negeri Kedah 2021


Video Pendek berjudul NIN DIA PADANG TERAP (SK Padang Terap) ini telah muncul NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021 Peringkat Negeri Kedah.

Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP memaparkan keunikan yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu di Daerah Padang Terap. Keindahan di Tasik Pedu merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Daerah Padang Terap. Selain itu di Padang Terap tedapat pelbagai jenis makan yang menarik dan salah satunya adalah Menu Nasi Butter Lamb Shank yang terdapat di De Jard Kitchen Kuala Nerang.

Video ini dihasilkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP untuk PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021. Pertandingan Video Pendek Kreatif ini dianjurkan oleh Kedah Digital Centre sempena dengan Program #Mydigitalmaker Virtual Fair “MaiReka” Peringkat Negeri Kedah 2021.

Lakonan : Muhammad Hajid bin Khairi (6 Setia) & Azriel Zafran bin Aziyusnizan (5 Setia)

Asst Director : Puan Norlida bt Ibrahim

Script, Video Editing & Director : Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM)

#Mydigitalmaker
#UniknyaNegeriku
#PadangTerapDalamDoaku
#SkPadangTerap

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP