Tuesday, April 13, 2021

Panduan mengisi Amalan Baik SSDM

 

Buka Laman Web SSDM.. Klik pada pautan https://ssdm.moe.gov.my

Masukan NO KP/Surat Beranak @ Masukan NAMA PENUH @ NAMA PENDEK pun BOLEH, dan Cari Rekod Murid.
(Untuk memudahkan para Guru, anda perlu masukan NAMA PENDEK sudah memadai)

Sila Klik pada
PAPAR KES pada murid berkenaan

Klik pada
TAMBAH AMALAN BAIK

Sila isi maklumat berkaitan dan klik butang SIMPAN untuk menghantar



Read more...

Tuesday, March 2, 2021

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022


 Permohonan Secara Dalam Talian & Manual
1 Mac 2021 - 31 Mei 2021


Read more...

Pelan Pergerakan Murid SOP Covid-19

 


Read more...

Friday, February 19, 2021

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 DAN 2023

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 DAN 2023


Tarikh pendaftaran online : 1 MAC 2021 hingga 30 APRIL 2021


Website : https://public.moe.gov.my


Pendaftaran secara dalam talian selepas Tarikh tersebut sehingga 15 DISEMBER 2021 adalah dikira sebagai PENDAFTARAN LEWAT.

Selepas 15 Disember 2021, pendaftaran adalah secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap / Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk Kanank-kanak yang akan bersekolah bagi sesi persekolahn tahun 2022.

Read more...

Monday, February 8, 2021

Pengemaskinian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga Secara Dalam Talian

Makluman untuk semua waris murid SK Padang Terap, kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 secara dalam talian. Kemaskini boleh dilakukan di https://public.moe.gov.my/

Berikut disediakan langkah-lang untuk membantu pihak waris mengemaskini maklumat APDM.

Langkah 1 : Buka laman web https://public.moe.gov.my/


Langkah 1 : Klik pada PENGGUNA BARU


Langkah 1 : Sila masukan maklumat yang diperlukan

Langkah 1 : Klik pada KEMAS KINI PROFIL MURID

Langkah 1 : Sila klik pada NAMA ANAK 

Langkah 1 : Klik pada setiap item dibawah untuk kemaskini

Sekian terima kasih

Read more...

Tuesday, November 24, 2020

Video Kreatif PPDa BADRAN BADAR (Johan Peringkat Negeri Kedah 2020)

Tahniah buat para pelakon & crew produksi drama BADRAN BADAR yang telah muncul Johan Pertandingan Video Kreatif Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2020.

Tahniah dan terima kasih buat Guru Pembimbing dan semua Guru dan Staf SKPT serta sokongan dari Pihak Waris & PIBG

Tema : Kemakmuran dan kesejahteraan bersama-sama bermula dari alam persekolahan

Read more...

Wednesday, October 7, 2020

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Ramai antara ibu bapa kurang menyedari akan insuran perlindungan yang diperuntukkan kepada anak mereka yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sekiranya anda mengetahui, tahukah berapa jumlah amaun sebenarnya bayaran insuran tahunan kepada anak anda?. Apakah jenis skop perlindungan yang diberikan? bagaimana cara anda untuk menuntut insuran tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini misalnya kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal pada tubuh badan?. Oleh itu, kami dengan berbesar hati akan berkongsi kepada anda mengenai perlindungan insurans yang diperuntukkan oleh kerajaan ini.

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) diperkenalkan oleh kerajaan dan perlindungan ini dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) melalui Bahagian Kewangan Kementerian itu terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd. Perlindungan insuran ini diberikan kepada pelajar bermula daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam (6).

Tempoh perlindungan adalah selama mana pelajar tersebut belajar di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan dengan bayaran tahunan bagi setiap pelajar adalah RM1.50 manakala bagi pelajar luar negara adalah RM1.60 (termasuk GST). Bagi pelajar luar negara, mereka harus membayar sendiri perlindungan insurans tersebut bersama-sama dengan yuran pengajian ketika mendaftar. Disamping itu, skim perlindungan ini merangkumi tempoh 24 jam dan meliputi seluruh dunia. Jadi sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ketika pelajar berada di luar negara, perlindungan insurans tetap akan diberikan kepada mereka.

 Berikut merupakan jumlah amaun yang diberikan sekiranya berlaku kecelakaan yang tidak diingini :


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP