Perbandingan Jadual Paras Garis Kemiskinan Nasional 2016 & 2019 (Kategori Miskin Tegar). Bagi tujuan persediaan pemberian bantuan RMT Tahun 2022, penerima berdasarkan PGKN 2016 dan PGKN 2019 (Kategori Miskin Tegar) disediakan. Pemberian bantuan ini akan berdasarkan kelulusan bajet 2022 yang akan diumumkan oleh kerajaan.
Video Pendek berjudul NIN DIA PADANG TERAP (SK Padang Terap) ini telah muncul NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021 Peringkat Negeri Kedah.
Video Pendek NIN DIA PADANG TERAP memaparkan keunikan yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu di Daerah Padang Terap. Keindahan di Tasik Pedu merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Daerah Padang Terap. Selain itu di Padang Terap tedapat pelbagai jenis makan yang menarik dan salah satunya adalah Menu Nasi Butter Lamb Shank yang terdapat di De Jard Kitchen Kuala Nerang.
Video ini dihasilkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP untuk PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KREATIF “MaiReka” 2021. Pertandingan Video Pendek Kreatif ini dianjurkan oleh Kedah Digital Centre sempena dengan Program #Mydigitalmaker Virtual Fair “MaiReka” Peringkat Negeri Kedah 2021.
Lakonan : Muhammad Hajid bin Khairi (6 Setia) & Azriel Zafran bin Aziyusnizan (5 Setia)
Asst Director : Puan Norlida bt Ibrahim
Script, Video Editing & Director : Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM)
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah di laksanakan pada 24 Oktober 2021 (Ahad) jam 2.30 petang. Mesyuarat pada Tahun ini dijalankan secara Google Meet di kediaman masing-masing. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En Mohamad Zahir bin Zainuddin.
Video Pendek berjudul Jangan Tapau Cita-citaku yang bertemakan Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Sekolah, telah muncul sebagai NAIB JOHAN peringkat Negeri Kedah 2021. Video ini dicalonkan untuk mewakili Negeri Kedah keperingkat kebangsaan.
Video pendek berdurasi 3 minit ini mengisahkan tiga orang anak muda Hajid, Danish & Azriei yang sangat berminat dalam sukan bola sepak dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang bintang bola sepak suatu hari nanti. Mereka sering menjalani latihan bola sepak bersama-sama dan sentiasa mengamalkan pengambilan air kosong, Azriel tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat, di mana dia amat gemar minuman berkarbonat setiap kali sesi latihan bola sepak.
Lakonan :
Muhammad Hajid bin Khairi (Hajid)
Azriel Zafran bin Aziyusnizam (Azriel)
Muhammad Danish Iqram bin Shahril (Danish)
En Mohamed Faisal bin Abdullah (Coach)
Skrip, Suntingan & Arahan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah