Friday, November 15, 2019

Panduan Pengurusan Wakalah Agihan Zakat kepada Sekolah-sekolah di bawah JPN Kedah

ALOR SETAR, 22 MEI 2019 – Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis penyerahan agihan balik zakat sekolah fasa pertama bagi tahun 2019 berjumlah RM 5,076,074.16 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh, Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato Syeikh Fadzil Haji Awang, kepada Ketua Unit Dakwah (JPN), Haji Mohd Syauqi Ismail sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman bertempat di Dewan Sultan Badlishah Maktab Mahmud, Alor Setar Kedah.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, kepada semua agensi dan syarikat yang menunaikan zakat perlulah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat, selain itu mereka juga berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Panduan Pengurusan Wakalah Agihan Zakat 
kepada Sekolah-sekolah di bawah JPN Kedah


0 comments:


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP