Wednesday, October 7, 2020

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Ramai antara ibu bapa kurang menyedari akan insuran perlindungan yang diperuntukkan kepada anak mereka yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sekiranya anda mengetahui, tahukah berapa jumlah amaun sebenarnya bayaran insuran tahunan kepada anak anda?. Apakah jenis skop perlindungan yang diberikan? bagaimana cara anda untuk menuntut insuran tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini misalnya kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal pada tubuh badan?. Oleh itu, kami dengan berbesar hati akan berkongsi kepada anda mengenai perlindungan insurans yang diperuntukkan oleh kerajaan ini.

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) diperkenalkan oleh kerajaan dan perlindungan ini dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) melalui Bahagian Kewangan Kementerian itu terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd. Perlindungan insuran ini diberikan kepada pelajar bermula daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam (6).

Tempoh perlindungan adalah selama mana pelajar tersebut belajar di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan dengan bayaran tahunan bagi setiap pelajar adalah RM1.50 manakala bagi pelajar luar negara adalah RM1.60 (termasuk GST). Bagi pelajar luar negara, mereka harus membayar sendiri perlindungan insurans tersebut bersama-sama dengan yuran pengajian ketika mendaftar. Disamping itu, skim perlindungan ini merangkumi tempoh 24 jam dan meliputi seluruh dunia. Jadi sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ketika pelajar berada di luar negara, perlindungan insurans tetap akan diberikan kepada mereka.

 Berikut merupakan jumlah amaun yang diberikan sekiranya berlaku kecelakaan yang tidak diingini :


Read more...

Tuntutan Insuran Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (Elaun Tunai Hospital)

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Semua pelajar Sekolah Kerajaan di Malaysia diberi perlindungan Insuran Takaful Malaysia oleh pihak Kerajaan Malaysia (Insuran Kemalangan sahaja).

Bagi pelajar yang dimasukkan ke Wad Hospital (disebabkan kemalangan), mereka layak untuk memohon  ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap hari selama tempoh dimasukkan ke Hospital Kerajaan / Swasta dan tidak melebihi 60 hari berturut-turut dari tarikh masuk wad. Manfaat Elaun Tunai Hospital boleh dituntut dengan kadar bayaran RM25 sehari. 

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Luar Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Salinan Laporan polis
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Dalam Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Laporan Pihak Sekolah
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Langkah membuat tuntutan ;-
- Muat turun Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia di Laman Web Takaful Malaysia (https://www.takaful-malaysia.com.my).
- Hantar borang ke Pejabat Takaful Malaysia yang berdekatan bersama dokumen yang diperlukan @ Pos dokumen ke pejabat Induk Takaful Malaysia di Kuala Lumpur.

URUSETIA TUNTUTAN TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 19, Blok Utama Menara takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 1300 88 252 385
atau layari : https://www.takaful-malaysia.com.my/

Read more...

Saturday, October 3, 2020

Buku Peraturan Sekolah

 


Read more...

Thursday, October 1, 2020

Bengkel Verifikasi Data APDM SKPT 2020


Bengkel Verifikasi Data APDM SK Padang Terap diadakan pada 1 Oktober 2020 (Khamis) pada pukul 1.00 Tghari bertempat di Makmal Komputer SKPT.

Penglibatan Peserta Bengkel : 
- Setiausaha HEM
- Setiausaha APDM
- Guru-guru Kelas
- Guru Data

Bengkel APDM di sampaikan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM SKPT)


Read more...

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS SK PADANG TERAP
- Jangan hilangkan Buku Teks
- Jom balut Buku Teks
- Jangan koyakkan Buku Teks
- Jangan conteng Buku Teks
- Jangan tinggal Buku Teks di merata tempat
- Cintai Buku Teks
- Sayangi Buku Teks
- Buku Teks sumber ilmu


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP