Wednesday, October 7, 2020

Tuntutan Insuran Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (Elaun Tunai Hospital)

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Semua pelajar Sekolah Kerajaan di Malaysia diberi perlindungan Insuran Takaful Malaysia oleh pihak Kerajaan Malaysia (Insuran Kemalangan sahaja).

Bagi pelajar yang dimasukkan ke Wad Hospital (disebabkan kemalangan), mereka layak untuk memohon  ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap hari selama tempoh dimasukkan ke Hospital Kerajaan / Swasta dan tidak melebihi 60 hari berturut-turut dari tarikh masuk wad. Manfaat Elaun Tunai Hospital boleh dituntut dengan kadar bayaran RM25 sehari. 

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Luar Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Salinan Laporan polis
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Dalam Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Laporan Pihak Sekolah
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Langkah membuat tuntutan ;-
- Muat turun Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia di Laman Web Takaful Malaysia (https://www.takaful-malaysia.com.my).
- Hantar borang ke Pejabat Takaful Malaysia yang berdekatan bersama dokumen yang diperlukan @ Pos dokumen ke pejabat Induk Takaful Malaysia di Kuala Lumpur.

URUSETIA TUNTUTAN TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 19, Blok Utama Menara takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 1300 88 252 385
atau layari : https://www.takaful-malaysia.com.my/

0 comments:


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP