Wednesday, October 7, 2020

Tuntutan Insuran Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (Elaun Tunai Hospital)

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Semua pelajar Sekolah Kerajaan di Malaysia diberi perlindungan Insuran Takaful Malaysia oleh pihak Kerajaan Malaysia (Insuran Kemalangan sahaja).

Bagi pelajar yang dimasukkan ke Wad Hospital (disebabkan kemalangan), mereka layak untuk memohon  ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap hari selama tempoh dimasukkan ke Hospital Kerajaan / Swasta dan tidak melebihi 60 hari berturut-turut dari tarikh masuk wad. Manfaat Elaun Tunai Hospital boleh dituntut dengan kadar bayaran RM25 sehari. 

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Luar Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Salinan Laporan polis
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Untuk membuat tututan sekiranya kejadian berlaku di Dalam Sekolah perlu ada dokumen berikut :-
1. Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
2. Laporan Pihak Sekolah
3. Salinan Discharge Note
4. Salinan KP @ Surat Beranak

Langkah membuat tuntutan ;-
- Muat turun Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia di Laman Web Takaful Malaysia (https://www.takaful-malaysia.com.my).
- Hantar borang ke Pejabat Takaful Malaysia yang berdekatan bersama dokumen yang diperlukan @ Pos dokumen ke pejabat Induk Takaful Malaysia di Kuala Lumpur.

URUSETIA TUNTUTAN TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 19, Blok Utama Menara takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 1300 88 252 385
atau layari : https://www.takaful-malaysia.com.my/

Read more...

Saturday, October 3, 2020

Buku Peraturan Sekolah

 


Read more...

Thursday, October 1, 2020

Bengkel Verifikasi Data APDM SKPT 2020


Bengkel Verifikasi Data APDM SK Padang Terap diadakan pada 1 Oktober 2020 (Khamis) pada pukul 1.00 Tghari bertempat di Makmal Komputer SKPT.

Penglibatan Peserta Bengkel : 
- Setiausaha HEM
- Setiausaha APDM
- Guru-guru Kelas
- Guru Data

Bengkel APDM di sampaikan oleh : Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM SKPT)


Read more...

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS SK PADANG TERAP
- Jangan hilangkan Buku Teks
- Jom balut Buku Teks
- Jangan koyakkan Buku Teks
- Jangan conteng Buku Teks
- Jangan tinggal Buku Teks di merata tempat
- Cintai Buku Teks
- Sayangi Buku Teks
- Buku Teks sumber ilmu


Read more...

Tuesday, September 29, 2020

Ziarah Cakna : Nur Hasmanida bt Khamis (Tahun 6P)

Ziarah cakna ke rumah murid Tahun 6 Hasmanida (Kelas 6P) di KEDA Bukit Ular, Padang Sanai. Turut sama Ziarah cakna adalah Tuan Guru Besar En. Mohamad Risli bin Abdul Rahman, En Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM) & Puan Noriza bt Mohd Yusof (Guru Bimbingan dan kaunseling).


Read more...

Monday, July 13, 2020

GARIS PANDUAN PASCA PEMBELAJARAN PKP

GARIS PANDUAN PASCA PEMBELAJARAN PKP

SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 5 & 6 (Mulai 15 JULAI 2020)
TAHUN 1 – 4 (Mulai 22 JULAI 2020)


Muat turun dalam format PDF sila klik ke


Read more...

Thursday, June 18, 2020

Toturial Cara Membuat QR CODE untuk RPT & DSKP

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP