Friday, February 21, 2020

Permohonan Kemasukan Kanak-kanak (warganegara) ke Tahun 1 & Prasekolah

Permohonan kemasukan kanak-kanak (warganegara) ke Tahun 1 sesi persekolahan 2021 & 2022 &  ke Prasekolah dibuka secara Atas Talian (Online) mulai 1 Mac 2020 - 31 April 2020.


Read more...

Sunday, February 16, 2020

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Pelancaran Buku Panduan PPS

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Pelancaran Buku Panduan PPS Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap diadakan pada 17 Februari 2020 jam 7.45 pagi di Dewan Perdana SKPT. Pelancaran disempurnakan oleh Sarjan Izzat dari IPD Padang Terap.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PSS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 20 ini diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah :
3.1 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.2 Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah.
3.3 Memupuk minat murid untuk hadie ke sekolah.


Read more...

Tuesday, February 11, 2020

Program Ceramah dan Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sempena Bulan Anti Dadah

Program Ceramah dan Pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah diadakan pada 11 Februari 2020 (Selasa).


Oleh : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit PPDa SKPT

Read more...

Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran Oleh APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)


 
Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran Oleh APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) telah diadakan pada 10 Februari 2020. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak APM kerana sudi untuk berkonngsi ilmu kepada murid & warga SKPT.



Read more...

Program Ziarah Cakna : Nur Afina bt Che Ya

Program Ziarah Cakna ke rumah Nur Afina bt Che Ya iaitu murid tahun 6 Setia Tahun 2020. Nur Afina Che Ya adalah antar murid Target Cemerlang UPSR 2020. Program Ziarah Cakna ke rumah Afina diadakan pada 9 Februari 2020 sejurus selepas selesai Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah.

Pihak / Guru Terlibat  :-
En Zahir Zainuddin ( YDP PIBG SKPT)
Pn Rosimah Saad (Pegawai PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah)
En Mohamed Faisal bin Abdullah (PK HEM)
Pn Noriza bt Mohd Yusof (Guru Bimbingan Kaunseling)
Pn Salbiah bt Kadas (Guru Kelas 6 Setia)
Unit Bimbingan KAunseling & HEM SKPT

Read more...

Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah 2020

Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2020
Tarikh : 09 Februari 2020
Hari : Ahad
Perasmian oleh : En Zahir Zainuddin ( YDP PIBG SKPT)
Tetamu jemputan : Pn Rosimah Saad(Pegawai PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah)

Read more...

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2020

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2020
Tarikh : 19 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SKPT
Bilangan Pengawas Sekolah sesi 2020 : 49 Orang

Disempurnakan oleh : En Mohamad Rosli bin Abdul Rahman (Guru Besar SKPT)

~Unit Disiplin & Pengawas SKPT

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP